Puding Dadih tercepat dan paling mudah untuk dibuat

September 16, 2018

Heyyo guys ,
Selalu petang-petang gini korang suka makan apa je . Anak-anak esya suka makan dadih , termasuklah mama dia sekali ni . Favberet gituu . Namanya budak-budak . Diorang ni suka benda berbentuk-bentuk . Jadi untuk lebih senang Esya cari jenis dadih puding, sebab kalau dadih texture dia lembut , nanti tak jadi bentuk comel-comel jadi pelik pulak . 

macam- macam bentuk ada dalam bekas tu , ada teddy , kereta  ....  tapi tu lah . tak sempat mama nak berposing . Semua dah berpakat makan macam piranna . hahah


So esya dalam misi mencari dadih puding ni , maka dari itu  terjumpalah Esya jenama NBI. Terus grab 2 perisa , coklat dan tembikai susu .
Untuk perisa coklat si Akak tak minat , sebab rasanya sedikit pahit . Yang tembikai susu habis licin dia makan , sampai kena berebut dengan adik .

Dan paling menyeronokkan , ianya sangat mudah untuk dibuat .

RESEPI 2 BAHAN .
1-  Serbuk dadih
2- Air mendidih
CARA
Hanya perlu larutkan serbuk dadih dengan air mendidih , dan kemudian masuk dalam bekas dan sejukkan . Dalam setengah jam saja dah boleh dihidangkan . 
resepi paling mudah dan cepat

Tengok lah si Adik , penuh mulut dia makan sambil tangan dan merayap atas pinggan nak amek lagi . 
 Jadi bila tinggal satu je perisa coklat , ia terus menjadi milik adik sebab akak tak suka coklat pahit . bergembiralah adik sebab tak payah bersusah payah nak berebut dengan akak . 


Lepas ni boleh lah try perisa lain pulak .


ASAS : JARUM KAIT ( HOOK )

September 15, 2018



Jarum kait merupakan salah satu benda terpenting dalam mengait . Tanpa jarum , maka tidak akan terhasil seni-seni kaitan . Terdapat banyak jenis jarum kait . Ada sesetengah jarum pula mempunyai fungsinya tersendiri .


antara jarum yang esya tahu adalah seperti;

* jenis besi .
-jarum ini sangat mudah untuk ditemui dan murah . Di kedai jahitan selalunya ada di jual . ianya sangat tahan lasak kerana diperbuat daripada besi . TETAPI kelemahan dia adalahs  sakit digunakan terlalu lama kerana keras  


Ada 2 size yang berbeza . kerana mata jarumnya berlainan . Di dalam gambar , mata jarum yang besar untuk mengait benang biasa , manakala yang halus itu untuk mengait benang halus / lace


 *jenis plastik .
- Yang ini esya beli untuk kait t-shirt yarn . mudah digunakan TETAPI ianya mudah patah.

Yang ini adalah bersize besar .


*jarum berpemengang lembut .
-Ini merupakan kegemaran Esya kerana ianya sangat sedap dipegang . kalau nak cari ada di DAISO . tapi selalu bila esya ke sana , cepat habis.

Ada pelbagai jenis pemegang , di gambar adalah jenis soft dan bambo


Esya merupakan seorang pengumpul jarum kait . kalaulah di ikutkan kegunaan jarum kait , hanya perlukan beberapa sahaja . Macam dah jadi hobi mengumpul jarum kait . Tak tahan tengok godaannyaaa ....

-----------------------------------------------------------------------------------


Pemilihan jarum kait yang sesuai juga memainkan peranan penting dalam mengait . Ianya kerana jika tersalah memilih jarum banyak masalah yang mungkin akan berlaku .

sekiranya salah dalam memilih size jarum kait yang sesuai dengan benang
 * hasil kait menjadi tidak cantik

Antara ketiga-tiga contoh ini , mana yang nampak lagi sesuai ?

1-Kiri. 2 -Tengah.  3-Kanan


1-Kiri
Ini adalah gambar paling kiri . ia mengunakan size jarum yang kecik . sekiranya kita menggunakan jarum yang lebih kecil dari size benang , ianya akan menyusahkan kita untuk mengait . Tangan akan menjadi sakit kerana tekanan yang harus diberikan dan benang akan senang tertarik / tersangkut . 

2 -Tengah.
 Ini pula gambar di tengah-tengah . Ianya mengunakan size yang sesuai . Hasilnya akan jadi lebih teratur dan kemas.

3-Kanan
Ini pula yang paling kanan . Ianya mengunakan jarum yang terlalu besar untuk saiz benang . Ini akan menjadikan terdapat banyak lubang-lubang ruang., dan sangat tidak sesuai sekiranya digunakan untuk membuat patung/ amigurumi kerana kapas-kapas akan nampak terkeluar dari rongga-rongga tersebut 

Harapnya sedikit perkongsian esya dapat memberikan ilmu kepada para pembaca .  


TAMAN PERMAIAN INDOOR PLAYGROUND

September 12, 2018

Heyyo guys.
Hari ini , Esya sebagai mama yang suka berjalan mall dah jadi hobi bawa anak - anak main indoor playground  . *Sebenarnya ayah diorang yang suka bawa diorang masuk taman mainan ni. Kalau jalan mall,jumpa taman SI Ayah mesti bawak budak-budak ni masuk walaupun sekejap .


So semalam Si Ayah tanya Mama nak bawak anak-anak pergi main taman . Di sebabkan sekarang ni musim , bila petang je hujan . So sepakat nak bawak pergi indoor playground je . Senang , tak lah nanti nak berlari2 bila hujan turun ke kann . Biasanya Kita orang pergi mall dekat dengan rumah kulai je . Tapi sebab nak Format laptop kat PLAZA PELANGI JB so mencarila kita playground kat bandar johor sana.

Esya gigihlah mencari info-info kat pakcik google tapi tak ada . Mungkin kurang orang buat review pasal indoor playground ini . So dengan pasrah Esya ajak je cik suami ke arah sana . Disebabkan memformat laptop ambil masa selama 3 jam , Esya ajak suami pergi KSL JOHOR sebab dalam Plaza Pelangi tak ada indoor mall , dalam tu banyak barang-barang untuk komputer .

Dan akhirnya jumpa jugak indoor playground dekat KSL JOHOR . Dekat level paling bawah . level LG . Paling hujung nanti jumpalah taman mainan nya

Harga terkini pada 11/09/2018 yang Esya ingat 
30 minit     =    RM7
   1 jam         =    RM14
next harga esya lupa sebab biasanya larat teman sampai sejam je . heheheh

*dan pesanan khas dari mama yang geram bawak anak indoor ni , bawa stokin siap- siap dari rumah kalau tak kena beli stokin tak silap RM2/pax .  Mak/ayah yang teman kena pakai sekali tau .


OK . Sekarang masa Esya nak review .

Bagi si Ayah , dia tak minat pergi taman yang banyak budak , sebab susah dikawal katanya .

Bagi Esya pulak . taman ni memang tak sesuai untuk budak bawah 3 tahun , walaupun diorang boleh masuk disebab mainan diorang banyak yang tinggi-tinggi , kena memanjat . kalau ada anak yang besar boleh dia tukang teman . kalau tak , takkan MAMA dengan AYAH yang comel ni nak Panjat sama pula kan . hiekkhiekkkk..


Kenangan yang mama sempat rakam buat tatapan. cewahhh


Ruangan bola yang kecik . Jadi tempat kegemaran adik

Tolong, adikk tengelam dilautan bola .

kalau lah mama yang amik gambar memang gini jadinya .

tengoklah betapa tinggi tangga dia nak manjat

si kecik ni pun, tak padan dengan kecik 

kakak kan main happy bergelongsor

ini nasib baik makcik dia ada ,  peneman si kecik main gelongsor tinggi tu . 
*p/s : makcik dia memang kecik lagi , baru 7 tahun.

ada trampolin . dan sangat tak sesuai untuk budak kecik . anak esya pergi main sini waktu tak ada orang . Tiba-tiba ramai pulak budak besar datang lompat-lompat . tak sempat dia nak berdiri dah melantun-lantun . Habis menangis lah dia . hahahha .


Dan banyak lagi mainan tinggi-tinggi esya tak sempat nak tangkap gambar sebab bateri fone habis .

So sesiapa nak bawak anak main indoor sini esya suggestkan ada anak besar yang umur 6tahun keatas yang boleh temankan dia . 

siapa yang pernah pergi ? komen lah kat bawah . kot- kot ada pengalaman juga ke sini .






ASAS : SAIZ BENANG KAIT ( YARN SIZE )

September 05, 2018



Bila pergi kedai , kadang-kadang ternampak macam macam bentuk benang . Ada gemok-gemok, kurus kurus , gebus gebas . macam-macam lah . Nak beli tapi terfikir , sesuai ke tak nak buat ini . nak buat itu . saiz benang yang mana sesuai untuk buat projek ini , buat projek itu .... Ehhh peninnggg lah

Bagi saya , saiz benang tidaklah begitu penting , tetapi tension yang pentingg .

TENSION ??? apa tuu ?
Bahasa omputehnya GAUGE. 
Bahasa bunga-bunganya : bilangan kait (stitches) per/inci & bilangan baris (row) per/inci. 
Bahasa mudahnya adalah ukuran .

contoh mudahnya : si A kait 22 stitches x 33 Row akan dapat saiz 4 inci x 4 inci
                                si B baru kait 18 stitches x 15 Row sahaja dah boleh dapat 4 inci x 4 inci
             manakala   Si C kena kait 30 stitches x 30 Row baru dapat 4 inci x 4 inci

kenapa bole jadi macam ini ? Ianya bergantung pada jenis benang dan jarum yang digunakan . ia nya jugak dipengaruhi oleh cara pengawalan individu yang berbeza. Ada yang mengait longgar dan juga  ketat,


Jadi utuk buat sesuatu yang memerlukan saiz yang tepat sepeti baju , Tension(Gauge) adalah sangat penting supaya baju tidak la menjadi terlalu kecik ataupun besar. Tapi untuk Amigurumi ianya tidak lah begitu penting kerana ianya hanya akan menjadikan saiz patung kecik ataupun besar


Salah satu contoh penggunaan benang dan jarum yang berbeza . 
Ianya akan menghasilkan size yang berbeza






ASAS : Jenis Benang Kait ( Type of Yarn )

September 04, 2018


Bagi sesiapa yang baru mula belajar mengait pastinya akan pening mencari benang yang hendak digunakan .Boleh sakit kepala kalau di cari info pasal benang ini , kerana terlalu banyak jenis benang yang ada .  Ada pelbagai jenis benang dalam dunia seni mengait ini . Daripada bulu haiwan mahupun sintetik . Di sini terdapat sedikit jenis benang yang boleh disenaraikan

 Antara jenis benang popular di Malaysia adalah


  1. ACRYLIC

    Bagi mereka yang baru mula belajar ,benang jenis acrylic adalah yang paling sesuai . Ini kerana benang ini harganya antara yang paling murah . paling mudah di dapati .Di kedai-kedai jahit biasanya mereka ada jual jenis sebegini. Contoh benang seperti : NONA , MINLON. Dari segi penjagaan pula , memandangkan benang ini bukanlah dari haiwan ,  ianya mudahh untuk dijaga. TETAPI , dari segi texture pula , benang ini agak kesat/kasar dan berbulu / berserabut.
  2. COTTON

    Benang jenis ini adalah pilihan terbaik untuk barangan baby .Benang cotton ini lebih lembut dan lancar untuk dikait.
  3. WOOL

    Benang jenis wool sesuai digunakkan untuk barangan budak dan baby.  ini senang untuk dikait . ianya tidak menyakitkan tangan. Tetapi penjagaan sangat rumit kerana ianya mudah mengecut  dan didalam kategori benang yang mahal
  4. NYLON

    Benang ini biasanya orang buat jahit pukat / jala . Benang nylon sangat tahan lasak dan tegap . benang ini jenis berkilat . ianya sesuai dibuat beg. TETAPI benang ini licin , keras dan meyakitkan tangan
  5. FLUFFY/PLUSH/FUR

    Benang yang paling comel . benang jenis ini berbulu dan gebu. Biasanya orang mengunakkannya untuk dibuat patung ataupun sebutan dalam bahasa mengaitnya AMIGURUMI .
  6. T-SHIRT

    Dari segi pembuatan, Ianya bukan lah Benang. tetapi ianya telah menjadi trend orang mengunakannya kerana ianya boleh dibuat sendiri DIY mengunakkan tshirt terpakai . kebanyakkan orang mengunakkannya untuk membuat projek yang besar seperti bakul , alas kaki ,.

    dalam post ---> tshirt YARN DIY , saya akan kongsikan tutorialnya .
  7. CASHMERE

    Benang ini lembut dan gebu. Ianya juga ringan dan elastik .Benang ini jenis panas, ianya dapat memanaskan badan . ianya sesuai untuk dijadikan baju sejuk. . TETAPI harganya mahal dan tidak tahan lasak. Ianya susah untuk dijaga.

Translate

Popular Posts