Showing posts with label wool yarn. Show all posts
Showing posts with label wool yarn. Show all posts

ASAS : Jenis Benang Kait ( Type of Yarn )

September 04, 2018


Bagi sesiapa yang baru mula belajar mengait pastinya akan pening mencari benang yang hendak digunakan .Boleh sakit kepala kalau di cari info pasal benang ini , kerana terlalu banyak jenis benang yang ada .  Ada pelbagai jenis benang dalam dunia seni mengait ini . Daripada bulu haiwan mahupun sintetik . Di sini terdapat sedikit jenis benang yang boleh disenaraikan

 Antara jenis benang popular di Malaysia adalah


  1. ACRYLIC

    Bagi mereka yang baru mula belajar ,benang jenis acrylic adalah yang paling sesuai . Ini kerana benang ini harganya antara yang paling murah . paling mudah di dapati .Di kedai-kedai jahit biasanya mereka ada jual jenis sebegini. Contoh benang seperti : NONA , MINLON. Dari segi penjagaan pula , memandangkan benang ini bukanlah dari haiwan ,  ianya mudahh untuk dijaga. TETAPI , dari segi texture pula , benang ini agak kesat/kasar dan berbulu / berserabut.
  2. COTTON

    Benang jenis ini adalah pilihan terbaik untuk barangan baby .Benang cotton ini lebih lembut dan lancar untuk dikait.
  3. WOOL

    Benang jenis wool sesuai digunakkan untuk barangan budak dan baby.  ini senang untuk dikait . ianya tidak menyakitkan tangan. Tetapi penjagaan sangat rumit kerana ianya mudah mengecut  dan didalam kategori benang yang mahal
  4. NYLON

    Benang ini biasanya orang buat jahit pukat / jala . Benang nylon sangat tahan lasak dan tegap . benang ini jenis berkilat . ianya sesuai dibuat beg. TETAPI benang ini licin , keras dan meyakitkan tangan
  5. FLUFFY/PLUSH/FUR

    Benang yang paling comel . benang jenis ini berbulu dan gebu. Biasanya orang mengunakkannya untuk dibuat patung ataupun sebutan dalam bahasa mengaitnya AMIGURUMI .
  6. T-SHIRT

    Dari segi pembuatan, Ianya bukan lah Benang. tetapi ianya telah menjadi trend orang mengunakannya kerana ianya boleh dibuat sendiri DIY mengunakkan tshirt terpakai . kebanyakkan orang mengunakkannya untuk membuat projek yang besar seperti bakul , alas kaki ,.

    dalam post ---> tshirt YARN DIY , saya akan kongsikan tutorialnya .
  7. CASHMERE

    Benang ini lembut dan gebu. Ianya juga ringan dan elastik .Benang ini jenis panas, ianya dapat memanaskan badan . ianya sesuai untuk dijadikan baju sejuk. . TETAPI harganya mahal dan tidak tahan lasak. Ianya susah untuk dijaga.

Translate

Popular Posts