Bagi sesiapa yang baru mula belajar mengait pastinya akan pening mencari benang yang hendak digunakan .Boleh sakit kepala kalau di cari info pasal benang ini , kerana terlalu banyak jenis benang yang ada . Ada pelbagai jenis benang dalam dunia seni mengait ini . Daripada bulu haiwan mahupun sintetik . Di sini terdapat sedikit jenis benang yang boleh disenaraikan
Antara jenis benang popular di Malaysia adalah
- ACRYLIC
Bagi mereka yang baru mula belajar ,benang jenis acrylic adalah yang paling sesuai . Ini kerana benang ini harganya antara yang paling murah . paling mudah di dapati .Di kedai-kedai jahit biasanya mereka ada jual jenis sebegini. Contoh benang seperti : NONA , MINLON. Dari segi penjagaan pula , memandangkan benang ini bukanlah dari haiwan , ianya mudahh untuk dijaga. TETAPI , dari segi texture pula , benang ini agak kesat/kasar dan berbulu / berserabut. - COTTON
Benang jenis ini adalah pilihan terbaik untuk barangan baby .Benang cotton ini lebih lembut dan lancar untuk dikait. - WOOL
Benang jenis wool sesuai digunakkan untuk barangan budak dan baby. ini senang untuk dikait . ianya tidak menyakitkan tangan. Tetapi penjagaan sangat rumit kerana ianya mudah mengecut dan didalam kategori benang yang mahal - NYLON
Benang ini biasanya orang buat jahit pukat / jala . Benang nylon sangat tahan lasak dan tegap . benang ini jenis berkilat . ianya sesuai dibuat beg. TETAPI benang ini licin , keras dan meyakitkan tangan - FLUFFY/PLUSH/FUR
Benang yang paling comel . benang jenis ini berbulu dan gebu. Biasanya orang mengunakkannya untuk dibuat patung ataupun sebutan dalam bahasa mengaitnya AMIGURUMI . - T-SHIRT
Dari segi pembuatan, Ianya bukan lah Benang. tetapi ianya telah menjadi trend orang mengunakannya kerana ianya boleh dibuat sendiri DIY mengunakkan tshirt terpakai . kebanyakkan orang mengunakkannya untuk membuat projek yang besar seperti bakul , alas kaki ,.
dalam post ---> tshirt YARN DIY , saya akan kongsikan tutorialnya . - CASHMERE
Benang ini lembut dan gebu. Ianya juga ringan dan elastik .Benang ini jenis panas, ianya dapat memanaskan badan . ianya sesuai untuk dijadikan baju sejuk. . TETAPI harganya mahal dan tidak tahan lasak. Ianya susah untuk dijaga.