ASAS : JARUM KAIT ( HOOK )
esyaarosli
September 15, 2018
Jarum kait merupakan salah satu benda terpenting dalam mengait . Tanpa jarum , maka tidak akan terhasil seni-seni kaitan . Terdapat banyak jenis jarum kait . Ada sesetengah jarum pula mempunyai fungsinya tersendiri .
antara jarum yang esya tahu adalah seperti;
* jenis besi .
-jarum ini sangat mudah untuk ditemui dan murah . Di kedai jahitan selalunya ada di jual . ianya sangat tahan lasak kerana diperbuat daripada besi . TETAPI kelemahan dia adalahs sakit digunakan terlalu lama kerana keras
Ada 2 size yang berbeza . kerana mata jarumnya berlainan . Di dalam gambar , mata jarum yang besar untuk mengait benang biasa , manakala yang halus itu untuk mengait benang halus / lace
*jenis plastik .
- Yang ini esya beli untuk kait t-shirt yarn . mudah digunakan TETAPI ianya mudah patah.
Yang ini adalah bersize besar .
*jarum berpemengang lembut .
-Ini merupakan kegemaran Esya kerana ianya sangat sedap dipegang . kalau nak cari ada di DAISO . tapi selalu bila esya ke sana , cepat habis.
Ada pelbagai jenis pemegang , di gambar adalah jenis soft dan bambo
Esya merupakan seorang pengumpul jarum kait . kalaulah di ikutkan kegunaan jarum kait , hanya perlukan beberapa sahaja . Macam dah jadi hobi mengumpul jarum kait . Tak tahan tengok godaannyaaa ....
-----------------------------------------------------------------------------------
Pemilihan jarum kait yang sesuai juga memainkan peranan penting dalam mengait . Ianya kerana jika tersalah memilih jarum banyak masalah yang mungkin akan berlaku .
sekiranya salah dalam memilih size jarum kait yang sesuai dengan benang
* hasil kait menjadi tidak cantik
Antara ketiga-tiga contoh ini , mana yang nampak lagi sesuai ?
1-Kiri. 2 -Tengah. 3-Kanan
1-Kiri
Ini adalah gambar paling kiri . ia mengunakan size jarum yang kecik . sekiranya kita menggunakan jarum yang lebih kecil dari size benang , ianya akan menyusahkan kita untuk mengait . Tangan akan menjadi sakit kerana tekanan yang harus diberikan dan benang akan senang tertarik / tersangkut .
2 -Tengah.
Ini pula gambar di tengah-tengah . Ianya mengunakan size yang sesuai . Hasilnya akan jadi lebih teratur dan kemas.
3-Kanan
Ini pula yang paling kanan . Ianya mengunakan jarum yang terlalu besar untuk saiz benang . Ini akan menjadikan terdapat banyak lubang-lubang ruang., dan sangat tidak sesuai sekiranya digunakan untuk membuat patung/ amigurumi kerana kapas-kapas akan nampak terkeluar dari rongga-rongga tersebut
Harapnya sedikit perkongsian esya dapat memberikan ilmu kepada para pembaca .