# asas mengait # basic crochet

ASAS : SAIZ BENANG KAIT ( YARN SIZE )




Bila pergi kedai , kadang-kadang ternampak macam macam bentuk benang . Ada gemok-gemok, kurus kurus , gebus gebas . macam-macam lah . Nak beli tapi terfikir , sesuai ke tak nak buat ini . nak buat itu . saiz benang yang mana sesuai untuk buat projek ini , buat projek itu .... Ehhh peninnggg lah

Bagi saya , saiz benang tidaklah begitu penting , tetapi tension yang pentingg .

TENSION ??? apa tuu ?
Bahasa omputehnya GAUGE. 
Bahasa bunga-bunganya : bilangan kait (stitches) per/inci & bilangan baris (row) per/inci. 
Bahasa mudahnya adalah ukuran .

contoh mudahnya : si A kait 22 stitches x 33 Row akan dapat saiz 4 inci x 4 inci
                                si B baru kait 18 stitches x 15 Row sahaja dah boleh dapat 4 inci x 4 inci
             manakala   Si C kena kait 30 stitches x 30 Row baru dapat 4 inci x 4 inci

kenapa bole jadi macam ini ? Ianya bergantung pada jenis benang dan jarum yang digunakan . ia nya jugak dipengaruhi oleh cara pengawalan individu yang berbeza. Ada yang mengait longgar dan juga  ketat,


Jadi utuk buat sesuatu yang memerlukan saiz yang tepat sepeti baju , Tension(Gauge) adalah sangat penting supaya baju tidak la menjadi terlalu kecik ataupun besar. Tapi untuk Amigurumi ianya tidak lah begitu penting kerana ianya hanya akan menjadikan saiz patung kecik ataupun besar


Salah satu contoh penggunaan benang dan jarum yang berbeza . 
Ianya akan menghasilkan size yang berbeza






Translate

Popular Posts